26/02/2015:Sebanyak 17,350 Telah Mendaftar Untuk GST

Sabah melepasi sasaran apabila sebanyak 17 ribu 350 syarikat perniagaan dan orang perseorangan menjalankan perniagaan di negeri ini, mendaftar untuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebelum pelaksanaannya pada 1 April ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, Yunos Tahir berkata, pada permulaan jabatan itu meletakkan sasaran sebanyak 12 ribu pendaftar, namun sambutan untuk mendaftar amat menggalakkan apabila mereka menjalankan aktiviti turun padang memberi taklimat mengenai sistem cukai baharu itu.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penerangan CBP kepada usahawan bumiputera Tawau di Pejabat UMNO Kalabakan, Tawau. Kira-kira 50 peniaga bumiputera di daerah itu menghadiri majlis tersebut.

Menurut Yunos, pihaknya akan mengadakan Ops Bersepadu oleh Bahagian CBP di seluruh negeri mulai 1 Mac ini, bagi mencari syarikat atau mana-mana pihak dengan perniagaan yang mempunyai nilai jualan 500 ribu ringgit tetapi masih gagal mendaftar.

Sekiranya ingkar, kompaun sehari 100 ringgit sehingga 1 April akan dikenakan.

Maria (Masniah/Cov-Brna)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s