02/03/2015:Amal Konsep 3M Untuk Elak Jadi Mangsa Penipuan

Pengguna di Sabah harus mengamalkan konsep 3M iaitu ‘memilih, memboikot dan melapor’ bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa penipuan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, memilih dan memboikot adalah penting terutama semasa memberi barang, manakala melapor kepada pihak berkuasa jika harga dipamer peniaga melebihi daripada yang ditetapkan.

Katanya, pengguna yang efektif perlu bertindak dengan cepat untuk melapor kepada pihak berkuasa bersama-sama bukti yang sahih.

Datuk Jainab ditemui pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga peringkat negeri di Kota Kinabalu.

Lebih seribu cawangan pasar raya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terlibat dalam kempen penurunan harga yang membabitkan 82 ribu produk.

Antara pasar raya yang terlibat ialah Milimewa, Servay Supermarket, 99 Speedmart dan Giant. Manakala barangan ditawarkan harga berpatutan ialah susu, sardin, milo, peralatan elektrik dan barang penjagaan diri.

Menurut Datuk Jainab, bilangan kedai harga patut di Sabah juga akan ditambah pada tahun ini. Setakat ini terdapat 20 buah kedai seumpamanya itu di Sabah.

 
Maria (Farizie/Cov-Brna)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s