02/03/2015:Jabatan Pendidikan Negeri Diminta Segerakan Pembinaan Bangunan Sekolah Yang Terlibat Kebakaran

Jabatan Pendidikan Negeri perlu menyegerakan pembinaan bangunan sekolah yang terlibat dalam kebakaran di negeri ini, termasuk pembinaan bangunan baharu Sk. Tampasak, Kinarut, yang musnah terbakar, awal Mei tahun lepas.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sehingga kini belum terdapat petanda bangunan baharu akan dibina menggantikan bangunan yang terbakar hampir setahun lalu itu.

Keadaan tersebut menyukarkan pelajar kerana terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa.

Beliau ditemui media selepas menghadiri Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah dan pelancaran produk terbaharu ‘TM Go’, di Padang Pekan Papar.

Majlis itu dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail.
Datuk Rosnah berkata demikian sebagai mengulas kerisauan ibubapa pelajar sekolah berkenaan.

Selain Sk. Tampasak, Kinarut, media baru-baru ini melaporkan Sk. Penimbawan, Tuaran turut mengalami keadaan serupa, yang menyebabkan pelajar belajar di bawah kanopi dan tidak berdinding.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, peruntukan antara 5 hingga 10 juta ringgit telah disalurkan untuk membaik pulih sekolah terbabit.

Datuk Rosnah berharap, peruntukan yang sama juga dapat disalurkan untuk membina bangunan baharu Sk. Tampasak, Kinarut.

 

Maria                                      (Jaafar/Stat)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s