02/03/2015:Kastam Sabah Sasar Kutipan Cukai Berjumlah RM 1.2 Bilion

Kastam Sabah menyasarkan kutipan cukai berjumlah 1.2 billion ringgit di bawah sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), yang akan berkuatkuasa bulan depan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, sasaran itu lebih tinggi berbanding kutipan cukai tahun lepas di bawah sistem cukai lama iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 768 juta ringgit.

Daripada jumlah sasaran 1.2 bilion ringgit itu, 500 juta ringgit adalah hasil kutipan cukai  CBP, manakala selebihnya cukai lain seperti eksport dan import.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan ‘Operasi GST 1/2015’ Sabah di Kota Kinabalu.

Datuk Dr. Janathan yakin, sasaran berkenaan boleh dicapai melalui kesungguhan anggota Kastam negeri melaksanakan tugas masing-masing serta kerjasama penuh daripada pembayar cukai.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga Sabtu lepas, 18 ribu 625 daripada kira-kira 20-ribu syarikat di Sabah sudah mendaftar di bawah system cukai CBP, jauh melebihi sasaran awal 10 ribu syarikat.
Katanya, kira-kira 2 ribu lagi syarikat masih belum mendaftar dan mereka sudah diberi surat peringatan dan amaran untuk mendaftarkan syarikat masing-masing sebelum 28 Februari.

Mengenai Operasi GST 1/2015, Datuk Dr. Janathan menjelaskan, operasi yang berjalan serentak di seluruh Sabah sehingga 15 April itu bertujuan mengesan dan mendaftarkan syarikat yang ‘terlupa’ untuk mendaftar.

 

Katanya, sebanyak 10 pasukan dibentuk di Kota Kinabalu bagi melaksanakan tugas berkenaan.
Walaupun operasi itu berakhir 15 April ini, namun Kastam Sabah akan meneruskan usaha mengesan syarikat yang tidak berdaftar agar menunaikan tanggungjawab mereka berlandaskan undang-undang.

Maria                                      (Farizie/Cov-Brna)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s