02/03/2015:Kerajaan Hargai Sumbangan Masyarakat KDM

Kerajaan menghargai sumbangan masyarakat Sino KadazanDusun Murut (KDM) bukan sahaja dalam bidang politik, malah dalam bidang perniagaan dan pembangunan negeri.

Sino KDM wujud hasil perkahwinan campur yang dipraktikkan masyarakat negeri ini sejak dahulu lagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, kerajaan akan terus membantu masyarakat berkenaan selaras sumbangan mereka terhadap pembangunan negeri ini.

Beliau berucap dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Persatuan Sino KDM di kediaman Presiden persatuan itu, Datuk Johnny Goh di Inanam, Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Musa, kerajaan juga akan terus berusaha memelihara perpaduan kaum di Sabah demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Justeru, beliau mengajak semua pihak temasuk Sino KDM agar berganding bahu bagi memastikan rakyat negeri ini terus menikmati limpahan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Pada majlis itu, Datuk Musa yang juga Menteri Kewangan negeri mengumumkan sumbangan 100 ribu ringgit kepada Persatuan Sino KDM dan 200 ribu ringgit lagi bagi menaiktaraf Jalan Kolom Pison Pomotodon-Sinulihan.

Turut diumumkan peruntukan 100 ribu ringgit bagi membaiki Sekolah Kebangsaan Pomotodon Inanam oleh Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip.

 
Maria (Hoh/Emran/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s