02/03/2015:Larian Amal Malaysia Berlangsung 29 Mac 2015

Larian amal Malaysia Untuk Kemanusiaan anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah, Cawangan Sabah, yang berlangsung pada 29 Mac ini, berjaya menarik penyertaan lebih 2 ribu peserta, iaitu melebihi sasaran ditetapkan.
Pengerusi penganjur, Asirin Abdul Kadir berkata, dengan jarak larian 10 kilometer, larian akan bermula pukul 6 pagi di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dan berakhir di Yayasan Sabah (YS).

Asirin ditemui pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri selaku Penaung PBSM Sabah, Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu.
Yang Dipertua Negeri dijangka menyempurnakan acara tersebut.

Terdahulu, Yang Dipertua Negeri turut menerima kunjungan hormat Pengerusi Persatuan Thalassemia Sandakan, Haji Ismail Mohd Yussof.
Sejak ditubuhkan pada 2004, seramai 22 pesakit persatuan tersebut dibantu menerusi sumbangan orang perseorangan dan badan korporat, yang prihatin terhadap nasib mereka.
Ketika ini, Persatuan Thalassemia Sandakan merekodkan 169 penghidap berdaftar.

Maria                                      (Ritah/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s