02/03/2015:Operasi Kesan Kanak-Kanak Jalanan Akan Diadakan Tidak Lama Lagi

Satu operasi mengesan kanak-kanak jalanan di negeri ini akan diadakan tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, operasi yang diketuai Pasukan Petugas Khas itu akan dijalankan bersama agensi-agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah, Majlis Perbandaram, Polis, Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lanjut tentang tarikh bila operasi tersebut diadakan.

Di bawah operasi itu, beliau berkata, kanak-kanak jalanan pendatang atau bukan warganegara akan ditahan di Pusat Perlindungan Ehsan di Kimanis, sementara menunggu dituntut oleh keluarga mereka.

Manakala, kanak-kanak tempatan atau warganegara yang layak akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan untuk dihantar ke tempat selamat iaitu Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Beringis, Papar.

Datuk Jainab memberitahu sidang media di Pejabatnya di Kota Kinabalu.
Ketika ini, terdapat 13 kanak-kanak jalanan iaitu 5 perempuan dan 8 lelaki ditempatkan di Rumah Perlindungan Ehsan Kimanis.

Maria                                      (Azwaani/Alya/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s