02/03/2015:Sedia Terima Cadangan Untuk Selesaikan Isu PATI

Jawatankuasa Kerja untuk meneliti kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah, sedia menerima cadangan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pihak jawatankuasa akan menerima apa sahaja cadangan pelbagai pihak sama ada individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Beliau ditemui media selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Tawau di Tawau.

Menurut Tan Sri Pairin, satu daripada tujuan jawatankuasa kerja itu ditubuhkan adalah untuk mengumpul segala maklumat serta cadangan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah kehadiran PATI di Sabah.

Beliau berharap jawatankuasa tersebut dapat memberi sumbangan besar ke arah penyelesaian isu berkenaan, selain mengharapkan semua masyarakat berganding bahu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik menangani masalah itu.

Antara penekanan yang dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa itu ialah untuk memastikan setiap agensi penguatkuasa dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka untuk menguatkuasakan undang-undang.

 

Maria (Maria/Brna)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s