02/03/2015:Wanita Perlu Bijak Buat Pilihan

Wanita sebagai pengguna perlu bijak membuat pilihan bagi mengelak ditipu peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun, ini kerana wanita merupakan pengguna paling ramai dan aktif berbelanja.

Beliau yakin, jumlah wanita yang ramai mampu menentukan kuasa belian dan menentukan harga yang ditetapkan peniaga.

Datuk Azizah ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan program Transformasi Bersama Kumpulan Komuniti Perwani 1Malaysia di Beaufort. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kempen penurunan harga barangan yang berlangsung serentak di seluruh negara, bermula kelmarin.

Penurunan harga secara besar-besaran itu akan memberi kebaikan kepada pengguna dengan menawarkan diskaun 10 hingga 20 peratus dengan melibatkan pelbagai barangan.

 
Maria (Sahira/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s