04/03/2015:FAMA Rancang Wujud 4 Pasar Tani Kekal Di Sabah

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah merancang
mewujudkan empat Pasar Tani Kekal di seluruh negeri ini untuk menggalakan usahawan memasarkan terus hasil keluaran mereka kepada pengguna.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata
berkata pasar tani kekal berkenaan dicadang di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Keningau.

Katanya, Pasar Tani Kekal di Kota Kinabalu dicadang diwujudkan di kawasan Asia City dengan kos dianggarkan 2-juta ringgit. Malah, pelan reka bentuknya sudah dibuat dan dipersetujui pihak  pengurusan premis Asia City dan diluluskan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Datuk Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan ‘walkabout’ sempena Program Jualan Turun Harga di Pasar Tani Asia City di Kota Kinabalu.
Turut hadir, Pengarah FAMA Sabah, Ribin Haji Wahid.

Tinjauan mendapati, pasar tani menawarkan 73-komoditi hasil pertanian
segar dan harga lebih murah antara lima hingga 20-peratus berbanding di pasar biasa.

Terdapat 39-pasar tani di seluruh negeri melibatkan 850-peserta dengan nilai jualan sebanyak 11-juta ringgit direkodkan sepanjang tahun lepas.

 

Ends/alizaali/Sjk/Cov/Bern.

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s