04/03/2015:SKM Disaran Bantu Koperasi-Koperasi Kecil

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) disaran agar memberi perhatian untuk membantu koperasi-koperasi kecil dan tidak hanya mengambil berat terhadap koperasi besar.

Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata SKM perlu peka untuk membantu koperasi kecil agar tidak timbul isu pendominasian pihak tertentu dalam perniagaan koperasi.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian penutupan Seminar
Kepentingan Modal Syer dalam merealisasikan perniagaan koperasi Parlimen Kalabakan di Tawau. Teks ucapannya dibacakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho.
Sambil memuji usaha SKM mengadakan seminar untuk koperasi-koperasi
baharu dan kurang aktif, Datuk Abdul Ghapur berharap peserta akan lebih berdaya maju dalam menjalankan perniagaan koperasi masing-masing, seiring keperluan setempat.

Ketika ini, terdapat 127-koperasi di Daerah Tawau dengan 35 daripadanya di dalam kawasan Parlimen Kalabakan.
Ends/alizaali/masniah/osman/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s