04/03/2015:Tahap Kesedaran Rendah, Faktor Peningkatan Denggi Di Sabah

Tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat tentang bahaya
denggi, antara faktor utama peningkatan kes denggi di negeri ini.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Kesihatan Negeri mengambil inisiatif
menyebar maklumat tentang pencegahan dan bahaya denggi menerusi program Pondok Panas.

Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr. Saffree Jeffree, Pondok Panas diwujudkan di kawasan tumpuan ramai untuk memberi hebahan
terkini mengenai lokaliti denggi secara lebih berkesan serta langkah-langkah pencegahan.

Turut dilaksanakan, aktiviti pengwapan di kawasan-kawasan berpotensi
menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes termasuk tanah perkuburan berhampiran kawasan perumahan.

Dr. Saffree ditemui Pemberita RTM dalam tinjauan aktiviti ‘Larva
Siding’ di Tanah Perkuburan Islam Sembulan dan Tanjung Aru serta Pondok Panas di Kota Kinabalu. Sehingga 2 Mac, sejumlah 751-kes denggi direkodkan di negeri ini. Orang ramai boleh melayari laman sesawang idengue.remotesensing.gov.my. untuk maklumat lanjut.
Ends/alizaali/sahira/oli/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s