05/03/2015:Datuk Shahrizat Terima Anugerah SPDK

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul
Jalil menerima Anugerah Kebesaran Negeri Sabah, iaitu Seri Panglima
Darjah Kinabalu (SPDK) daripada Yang DiPertua Negeri Tun Haji Juhar
Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu, PAGI TADI.

Anugerah Kebesaran Negeri Sabah Kelas Pertama yang membawa gelaran
‘Datuk Seri Panglima’ itu dianugerahkan sempena Harijadi Rasmi Yang
Dipertua Negeri, ke-61 tahun lepas.

Turut hadir, isteri Yang DiPertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan
Sri R.M Jasni.

Majlis penganugerahan tersebut turut dihadiri Ketua Wanita Umno Sabah
Datuk Armani Mahirudin dan semua 25 Ketua Wanita Umno Bahagian Negeri
Sabah.

Majlis ringkas itu diakhiri dengan bacaan doa yang disampaikan
Pegawai Agama Istana Negeri Ustaz Imran Anggun dan santapan istana.

 

artika/ida/tam/cov/JULIANA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s