05/03/2015:Empat Kumpulan Jenayah Tumpas

Polis Daerah Kota Kinabalu menumpaskan empat kumpulan jenayah
dikenali Geng Baju Pengantin, Geng Al-Farizal, Geng Kampung Kolam
Damai dan Geng Lokub.

Kumpulan jenayah tersebut dipercayai melakukan jenayah di Likas Plaza
Likas, Taman Millenium, Taman Tun Fuad Bukit Padang dan Taman
Sepanggar.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata, dengan
penahanan 13 suspek daripada empat kumpulan jenayah itu, polis berjaya
menyelesaikan empat kes jenayah di sekitar ibu negeri melibatkan
jumlah kerugian lebih 15-ribu ringgit.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam sidang media di Ibu Pejabat
Polis Daerah Kota Kinabalu di ibu negeri.

Kes jenayah Geng Lokub disiasat di bawah Seksyen 457 dan 379A kerana
terlibat jenayah pecah rumah dan curi motosikal, sementara Geng
Al-Farizal disiasat di bawah Seksyen 457 atas kesalahan pecah rumah
dan bangunan.

Manakala, Geng Kampung Kolam Damai yang terlibat kes jenayah curi dan
pecah kereta di Taman Tun Fuad Bukit Padang disiasat dibawah Seksyen
379. Geng Baju Pengantin yang terlibat curi baju pengantin di Likas
Plaza disiasat di bawah Seksyen 380 (Kanun Keseksaan).

Farizie/Cov/Juliana

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s