05/03/2015:Prestasi Pendidikan Pelajar Semakin Meningkat

Prestasi pendidikan para pelajar dalam daerah Tuaran  kini
menunjukkan peningkatan yang membanggakan.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau
menggesa semua pihak mengambil tindakan proaktif bagi terus
meningkatkan pencapaian itu ke tahap yang lebih memuaskan.

Katanya, selain guru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk
membudayakan kecemerlangan akadamik bermula dari rumah dengan memberi
motivasi dan galakan kepada anak-anak untuk meneruskan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi.

Datuk Madius ditemui pemberita RTM di Tuaran selepas merasmikan
Majlis Anugerah Cemerlang UPSR 2014 Peringkat Daerah Tuaran.

Dalam majlis itu, SK Sungai Damit Tuaran dan SJKC Chung Hwa Tamparuli
masing-masing menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah
Lonjakan Prestasi UPSR Daerah. Kedua-dua sekolah berkenaan mencapai
pelajar terbanyak mendapat A.

Seramai 55 pelajar yang mendapat keputusan 5A UPSR 2014 dan 3 lagi
mencapai 6A menerima hadiah dalam majlis tersebut.

MFJA/AJ/MAN/COV/JULIANA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s