06/03/2015:Lepasan Giatmara Mampu Memasuki Pasaran Pekerjaan

85 peratus daripada lebih 300-ribu pelatih lepasan Pusat Giatmara yang
menerima latihan di pusat tersebut sejak 29 tahun lalu telah berjaya
memasuki pasaran pekerjaan.

Daripada jumlah itu, 15 peratus atau 35-ribu orang pelatih berjaya
dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang diceburi.

Pengerusi Giatmara, Datuk Dr. Haji Jaujan Haji Sambakong berkata, ini
membuktikan bahawa Giatmara sebagai sebuah agensi kemahiran telah
berjaya mencapai matlamatnya dalam melahirkan modal insan terbaik di
negara ini serta setanding dengan institusi-institusi kemahiran di
negara ini.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan penutupan
Kursus Kecemerlangan Perwakilan Pelatih GiatMara Negeri Sabah di Kota
Kinabalu.

Seramai 54 pelatih dari 28 pusat giatmara di Sabah menyerti kursus
empat hari itu yang menekankan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam
organisasi.

busriĀ  Donny/Cov

sheryl

Tinggalkan komen