09/03/2015:Kertas Kerja Akan Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Teknikan Pengurusan Warga Asing

Satu kertas kerja berkaitan isu kanak-kanak jalanan, kutu rayau, pesakit mental, gelandangan dan pengemis khususnya yang membabitkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Kertas kerja itu yang akan dihasilkan melalui perbincangan bersama antara beberapa jabatan dan agensi berkaitan seperti  Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kesihatan.

 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berharap maklumat balas daripada Jawatankuasa Teknikal tersebut dapat dijadikan garis panduan untuk menyelasaikan  masalah membabitkan PATI di negeri ini.

 

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut di pejabatnya di Kota Kinabalu.

 

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kedutaan Filipina dan Indonesia, sejak 2008 hingga 2014 dianggarkan 50-ribu kanak-kanak warga Filipina dan 150 ribu kanak-kanak warga Indonesia tinggal di negeri ini.

 

Statistik turut menunjukkan seribu 557 kanak-kanak jalanan berumur 6 hingga 18 tahun dimasukkan ke Rumah Perlindungan Ehsan Kota Kinabalu dalam tempoh sama.

Rtka/Rtka (ear/rg/cov)
sheryl

Tinggalkan komen