09/03/2015:Kesaksamaan Gender Terus Dipelihara

Kesaksamaan gender di negara ini terus dipelihara melalui pelbagai langkah bertujuan memastikan peranan wanita diiktiraf. Antara langkah tersebut ialah pengambilan pekerja wanita dalam industri, memastikan wanita mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan bantuan khas usahawan wanita.

 

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid mahu golongan wanita terus berusaha gigih untuk maju agar masa depan diri dan keluarga yang lebih terjamin.

Beliau mengingatkan, peranan wanita bermula dari rumah dalam membentuk sebuah keluarga bersahsiah tinggi yang berupaya menjadi tunjang pembangunan negara.
Datuk Jainab berucap dalam jamuan malam sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2015 di Kota Kinabalu.
Dalam majlis itu, Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) memberikan tiga anugerah khas iaitu Anugerah Kategori Berdaya Saing, Anugerah Kategori Sosial Masyarakat dan Anugerah Kategori Harapan kepada para usahawan wanita berjaya.
Rtka/Rtka (wani/faizal/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s