09/03/2015:KPDNKK Sabah Pergiat Penerangan CBP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) Sabah akan terus mempergiat penerangan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (CBP) kepada pengguna di negeri ini sebelum
pelaksanaannya berkuat kuasa April ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk
Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, penerangan itu penting bagi memberi
pemahaman menyeluruh kepada pengguna mengenai konsep dan manfaat CBP.

Katanya, meskipun ada pengguna yang memahami pelaksanaan percukaian
baharu itu, namun penyebaran maklumat tidak sahih mengenai CBP
menerusi laman sosial dikhuatiri mengelirukan mereka.

Datuk Hajah Jainab ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Rampayan di
Kota Kinababalu.

Tambah beliau, penerangan mengenai CBP oleh Jabatan Kastam Diraja
Malaysia perlu disampaikan denga lebih ringkas dan mudah difahami
pengguna.

end/busri/bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s