09/03/2015:Landasan Terbaik Bina Jati Diri Dan Kepimpinan

Pelaksanaan kursus kepimpinan ‘Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) landasan
terbaik untuk membina jati diri dan kepimpinan dalam kalangan pelajar
sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata, menerusi
program itu para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan daya
kepimpinan terbaik, malah berpeluang meningkatkan kepimpinan diri
untuk diketengahkan dalam dunia pekerjaan.

Ia secara tidak langsung mendidik para pelajar memantapkan diri
sebagai pemimpin berkaliber untuk menerajui kepimpinan negara pada
masa depan.

Datuk Jame berucap merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan i-10
Pembimbing Rakan Sebaya SMK Tenghilan, Tuaran di Universiti Malaysia
Sabah (UMS), Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan Penolong Pengarah
Ko-kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri, Mastan Gaga.

Seramai 123 pelajar menyertai kursus itu.

Dalam majlis berasingan, Datuk Jame meraikan seramai 234 guru dari Zon
Utara yang berjaya mendapat kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) dari Gred DG29 kepada DG42 bagi urusan tahun 2014.
Mereka terdiri daripada 70 guru dari Kota Belud, Kudat 59, Pitas 55
dan Kota Marudu 50 guru.

 

Maria      (Sahira/Oli/Cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s