09/03/2015:Perkembangan Perbicaraan Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan perbicaraan 30-tertuduh berhubung kes pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lepas.

 

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu diberitahu sebuah telefon bimbit dan dua keping kad SIM berjaya dirampas polis kerana dipercayai menyimpan rekod perbualan antara tertuduh, Mohamad Ahli Ahmad dengan pengganas Sulu.

 

Saksi ke-79, Pegawai Cawangan Khas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Sabah, Inspektor Saiful Adli Hashim memberitahu barangan tersebut ditemui setelah tertuduh ditahan bersama isterinya, Sugira Ali di Surau Kampung Tulibas Besar Tungku di Lahad Datu pada malam 22 Mac 2013.

 

Ketika diperiksa, terdapat kesan calar pada tangan dan kaki pasangan tersebut yang menunjukkan mereka menggunakan laluan hutan semasa cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa. Pasangan itu juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

 

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung bersambung di Jabatan Penjara Sabah ESOK.

 
Rtka/Rtka (FLA/wn)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s