09/03/2015:SSKM Ancaman Kepada Keamanan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah

Aktiviti Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) merupakan satu ancaman kepada keamanan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Pegawai Turus Ancaman Sosial, Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Superintendan Mohd Salleh Yahya menegaskan gerakan itu yang bergiat aktif melalui laman maya berusaha mengumpul tandatangan menerusi pelbagai aplikasi internet seperti emel dan watsapp. Selain itu, mereka turut melawat dari rumah ke rumah atau pusat tumpuan umum seperti tamu.

Sehubungan itu, beliau mahu orang ramai lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan gerakan itu yang hanya mempunyai kepentingan politik dan menyasarkan kumpulan etnik tertentu terutama di kawasan luar bandar.

Superintendan Mohd Salleh menjelaskan demikian dalam Program Wacana Ilmuan Negara (WINNER) mengenai Ancaman Gerakan Pemisah Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah di Kompleks Bersepasdu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)Kota Kinabalu.

Rtka/Rtka (salma/sha/cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s