10/03/2015:ESSCOM Tubuh Jawatankuasa Khas

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung masa depan masyarakat Pala’u di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ia akan dipengerusikan bersama Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi dan Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun.

Menurut Ruji, langkah itu susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) dan Mesyuarat Jawatankuasa ESSZone yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman baru-baru ini. 

Jawatankuasa berkenaan, antara lain, bertindak memberi syor serta mengenal pasti pendekatan dan langkah terbaik menangani isu masyarakat Pala’u kepada JKKN dan Jawatankuasa ESSZone.

Ruji memaklumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas menangani Pala’u ESSZone di Lahad Datu.

Sementara itu, Datuk Abdul Rashid menggariskan beberapa justifikasi mengapa isu Pala’u perlu ditangani secara bersepadu dan holistik.

Menurutnya, terdapat segelintir masyarakat Pala’u yang dipergunakan dan dijadikan sebagai mata dan telinga penjenayah.  Ia termasuk memberi maklumat mengenai keberadaan pegawai penguatkuasa di perairan negara bagi memudahkan penjenayah rentas sempadan melakukan penculikan atau menyeludup barang-barang bersubsidi ke negara jiran.

Beliau berpendapat, tindakan konkrit perlu dilakukan bagi memastikan keadaan terkawal dari sudut keselamatan, ekonomi dan social.

  Sehubungan itu, semua pihak perlu berganding bahu serta bekerjasama dengan pihak kerajaan termasuk ESSCom bagi memartabatkan bangsa Pala’u setanding dengan masyarakat lain di negeri ini.

 
Ends/Ber/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s