12/03/2015:COMBI Diajak Begerak Lebih Aktif Untuk Membendung Wabak Denggi Di Sabah

Seluruh anggota pasukan Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku
(Combi) diajak agar bergerak lebih aktif bersama agensi itu untuk
mencegah dan membendung wabak denggi di Sabah.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Christina RundiDr Christina berkata,
anggota Combi boleh bergerak di kawasan masing-masing untuk
meningkatkan kesedaran setiap penghuni rumah mengenai bahaya wabak
denggi dan langkah-langkah pencegahannya bagi memastikan wabak itu
dapat dibendung.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di Kota Kinabalu.

Combi merupakan pasukan sukarela yang ditubuhkan di sesuatu kawasan
dengan kerjasama Jabatan Kesihatan untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat mengenai penjagaan kebersihan bagi mencegah sebarang wabak
penyakit termasuk denggi.

Mengenai wabak denggi di Sabah, Dr Christina berkata sehingga semalam,
bilangan kes jangkitan denggi sejak Januari ialah 853 kes termasuk
lima kes terbaharu yang direkodkan semalam.

Katanya Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 428 kes,
diikuti daerah Penampang 33 kes dan Putatan 27 kes.

end/busriĀ  — BERNAMA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s