12/03/2015:KKTP Cadang Kaji Semula Polisi Perumahan Di Sabah

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bercadang untuk mengkaji
semula polisi perumahan di negeri ini supaya lebih banyak rumah mampu
milik dapat dibina.

Menterinya, Datuk Haji Hajiji Haji Noor berkata, bagi tujuan itu,
Institut Juruukur Diraja Malaysia (R.I.S.M) Cawangan Sabah telah
diminta untuk menjalankan kajian seterusnya mencari pendekatan terbaik
dalam merangka polisi berkenaan.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Kongres
Juruukur Antarabangsa ke-3 anjuran R.I.S.M Cawangan Sabah di Kota
Kinabalu.

Sebelum ini, RISM Cawangan Sabah telah menjalankan kajian pertama
tahun lepas. Namun dapatan daripada kajian itu masih belum
dibentangkan. Ia akan dibentangkan kepada kabinet selepas kajian kedua
itu selesai.

Datuk Haji Hajiji berkata, kerajaana akan terus mencari jalan untuk
mengekang kenaikan harga rumah selain memantau harga rumah selepas
pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kongres dua hari itu dihadiri lebih seratus pegawai kerajaan dan sektor swasta.

Ends/Donny         (Rita/cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s