12/03/2015:Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Islam Akan Diperkenalkan

Bagi meningkatkan sambutan rakyat terhadap pendidikan Islam, satu
Pelan Strategik Pembangunan Pendidikan Islam bagi tempoh lima tahun
akan diperkenalkan di negeri ini.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Arifin
Haji Mohd Arif, bagi melaksanakan pelan tersebut, Majlis Ugama Islam
Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
kini sedang giat menjalankan penyelidikan di seluruh negeri bagi
mendapatkan maklumat terperinci dari segi pendidikan, kokurikulum,
prasarana dan sambutan masyarakat terahadap pendidikan Islam.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama JHAEINS (MSSMA 2015) Kali Ke-10
di Papar.

Dalam kejohanan kali ini, Sekolah Menengah Agama Negeri (S.M.A.N)
Papar muncul juara apabila mengutip 22 pingat emas, 17  perak dan 6
pingat gangsa.

Manakala S.M.A.N Toh Puan Hajah Rahmah dengan 12 emas, 13 perak dan 10
gangsa dan SMAN Tambunan dengan 9 emas, 9 perak dan 18 gangsa
masing-masing muncul Naib Juara dan tempat ketiga.

ends/busri   ear/jg/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s