12/03/2015:PEWARTA Akan Anjur Bengkel ‘Bersama Kaki Foto’

Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau(Pewarta) akan menganjurkan
Bengkel “Bersama Kaki Foto” untuk peserta yang berminat menyertai
pertandingan fotografi persatuan itu sempena Festival Kebudayaan
Antarabangsa Tawau Mei depan.

Pengerusi Pewarta, Shamry M. Sani berkata, bengkel julung kali itu
bertujuan meningkatkan kualiti pertandingan, sekali gus membuktikan
usaha berterusan persatuan dalam mengiktiraf serta menonjolkan
karya-karya jurufoto tempatan.

Beliau turut menjemput semua penggemar seni fotografi yang berminat
menyertai pertandingan tahun ini untuk hadir ke bengkel tersebut.
Tarikh dan masa bangkel itu akan diberitahu dalam waktu terdekat.

Bangkel itu dilaksanakan untuk memberi penerangan dan gambaran jelas
tentang kriteria-kriteria gambar yang penganjur inginkan dan layak
diangkat sebagai juara pertandingan.

Shamry berkata demikian dalam satu kenyataan di Tawau.
Sebarang pertanyaan berhubung bengkel dan pertandingan itu boleh
menghubungi talian 016-8010320 dan 019-5873544 untuk maklumat lanjut.

end/busri  BRNMA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s