13/03/2015:NIOSH Jangka Lebih Banyak Industri Dan Organisasi Amalkan SPKKP

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
menjangkakan lebih banyak industri atau organisasi di negara ini
mengamalkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(SPKKP) menjelang 2020.

Pengarah Eksekutifnya, Rosli Hussin berkata, pelbagai aspek perlu
diambil kira dalam membolehkan syarikat yang terlibat dalam
perindustrian mewujudkan dan mengamalkan sistem tertersebut.

Katanya, tidak mudah untuk mendapatkan serta mengekalkan sistem yang
diamalkan itu kerana industri atau organisasi yang menggunakan sistem
tersebut memerlukan komitmen tinggi dan keberanian.

Rosli ditemui pemberita selepas majlis pelancaran SPKKP yang
melibatkan enam jabatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota
Kinabalu.

Enam jabatan itu ialah Jabatan Canselori, Jabatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi, Pusat Pengurusan EcoCampus, Pusat Islam UMS, Bahagian
Audit Dalam dan Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Katanya amalan SPKKP mampu mewujudkan standard amalan keselamatan dan
kesihatan yang lebih tinggi di kalangan kakitangan syarikat atau
sesebuah organisasi.

end/busri  — BERNAMA

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s