13/03/2015:Pasaraya Giant Sedia Pelbagai Tawaran Hebat

Pasaraya Giant, peruncit terbesar dan peneraju harga rendah di
Malaysia terus menawarkan pelbagai tawaran hebat bagi memenuhi
keperluan pengguna menerusi Kempen Kunci Harga 90 hari selama 3 bulan,
bermula SEMALAM hingga 27 Mei depan.

Menerusi kempen itu, pasaraya tersebut menurunkan harga dan mengunci
harga sebanyak seribu barangan dalam tempoh 90 hari. Ia termasuk
sejumlah besar barangan asas seperti ayam, beras, minyak masak, bahan
pencuci, susu tepung kanak-kanak, lampin bayi dan produk produk segar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk
Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid menyifatkan kempen tersebut sebagai usaha
kreatif pihak Giant yang amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk
menurunkan harga barang.

Datuk Jainab berucap ketika merasmikan Kempen Giant Harga Dikunci di
Kota Kinabalu.

Sementara itu, Ketua Wilayah Malaysia Timur dan Brunei GCH Retail
Sendirian Berhad, Marius Knight berkata, pihaknya percaya langkah
menurun dan mengunci harga produk itu dapat membantu mengurangkan kos
sara hidup pengguna.

Ends/busri   Juliana/Hs/cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s