Daerah Kota Belud akan dibangunkan sebagai sebuah lagi hab minyak dan gas di negeri ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia berikutan penemuan telaga minyak dan gas di kawasan berhampiran Kuala Abai, Kota Belud.
Menurutnya, sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri iaitu Asian Supply Base dijangka memulakan pembangunan hab tersebut tahun depan.
Datuk Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata demikian kepada Pemberita RTM di Kota Belud.
Selain pembangunan hab minyak dan gas, beliau juga mahu daerah itu dimajukan secara besar-besaran dalam industri pertanian dan pelancongan. Antara kawasan berpotensi dibangunkan ialah kawasan Jelapang Padi Kota Belud dan Pulau Mantanani.
Ends/alizaali/Shon/JG/Cov
Sheryl