16/03/2016:KWSP Kemuka 360 Nama Pengarah Syarikat Kepada Jabatan Imigresen

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan 360-nama pengarah syarikat di seluruh negara kepada Jabatan Imigresen untuk menghadkan mereka daripada meninggalkan negara sehingga tunggakan caruman bagi pekerja mereka diselesaikan sepenuhnya. Ia selaras Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Dato’ Mohd Naim Daruwish, jumlah nama majikan yang dikemukakan itu adalah bagi suku tahun keempat yang berakhir 31 Disember 2014.

Dalam tempoh sama, sebanyak 189-majikan dikenakan denda berjumlah 310-ribu 200-ringgit oleh mahkamah mengikut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991, manakala 278-saman sivil dan 816-kes jenayah difailkan terhadap pengarah syarikat dan majikan yang tidak mencarum untuk pekerja mereka. Ini termasuk dua syarikat di Sabah yang dikenakan denda paling tinggi iaitu masing-masing 9-ribu ringgit dan 6-ribu ringgit.

Beliau menyatakan perkara itu dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu.

Dato’ Mohd Naim bagaimanapun berkata kadar majikan tidak mencarum pada suku tahun yang sama menurun 1.1-peratus. Penurunan itu menunjukkan kesedaran majikan terhadap manfaat persaraan pekerja semakin meningkat.

Ends/alizaali/Farizie/St
                                                         Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s