17/03/2015: 3 Lagi Projek Agropolitan Akan Dibuka Dalam RMK11

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membuka tiga lagi
projek Agropolitan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 sebagai kesinambungan kepada 11 projek sedia ada yang dimulakan sejak 2006.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek berkenaan
akan dibuka di Kota Marudu, Sabah; Setiu, Terengganu dan Jerantut,
Pahang melibatkan kawasan seluas 3 ribu hektar dan seribu peserta bagi
setiap projek.

Projek agropolitan merupakan satu pendekatan yang cukup berjaya dalam
usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, pada masa kini terdapat 3 ribu peserta projek
agropolitan melibatkan 11 projek dengan jumlah keluasan 10-ribu 429
hektar.

Datuk Shafie berkata demikian dalam majlis penyampaian dividen kepada
peserta Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Agropolitan Gahai di Lipis.

Dalam masa sama, beliau menyarankan pekebun kecil getah dan kelapa
sawit di negara ini agar melakukan aktiviti sampingan penanaman kontan
dan buah-buahan untuk mengimbangi pendapatan dalam situasi kejatuhan
komoditi pada masa kini.

Juliana/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s