17/03/2015: Aktiviti Berkaitan Getah Perlu Dapatkan Lesen Daripada Panel Perlesenan dan Permit LIGS

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan menguatkuasakan sepenuhnya
Enakmen Lembaga Indsutri Getah (Pindaan) 2014 dan Peraturan-Peraturan
Lembaga Industri Getah (Perlesenan dan Permit) 2015 mulai 2 MEI ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri
Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya
Hussin dalam kenyataan media di Kota Kinabalu.
Jelas Datuk Yahya, di bawah Enakmen Industri Getah (Pindaan) 2014,
seorang yang menjalankan aktiviti berkaitan getah perlu mendapatkan
lesen seperti dikeluarkan Panel Perlesenan dan permit LIGS. Antaranya,
melibatkan aktiviti membeli, menyimpan, menjual, memproses atau
membungkus atau mengeksport getah atau getah mentah.

Beliau berkata, pelesenan tersebut bertujuan memastikan pengeluaran
dan penjualan bahan tanaman getah yang bermutu, mengawal selia
pembelian getah daripada para pekebun kecil, penyimpan, pemprosesan
dan pengeksportan getah dari Sabah.

Tegasnya, individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan tanpa
lesen akan didenda tidak melebihi 30-ribu ringgit atau dipenjarakan
tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Justeru, orang ramai khususnya pekebun kecil getah dinasihati memohon
lesen di semua pejabat LIGS di seluruh negeri.

 

 

Farizie/St/Juliana

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s