17/03/2015:Generasi Muda Islam Perlu Diberi Kesedaran Dan Suntikan Semangat

Generasi muda Islam perlu diberikan kesedaran dan suntikan semangat
bagi mengembangkan potensi dalam persaingan global.

Langkah itu penting disebabkan kepimpinan masa depan adalah terpikul
di atas bahu mereka.

Menurut Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Mohd Edris, krisis kepimpinan dalam umat Islam masa kini
sangat membimbangkan. Keadaan itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi
peranan dalam kancah persaingan global.

Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Program Nadwah
Kepimpinan Islam Sekolah Menengah Agama Kebangsaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan peringkat negeri di Sandakan.

Datuk Zakaria berkata, umat Islam seolah-olah tidak mampu meletakkan
diri mereka pada tahap yang boleh dibanggakan, sedangkan jumlah umat
Islam hampir mencapai 2.8 billion di seluruh dunia.

Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar dan
kemahiran secukupnya agar generasi muda Islam dapat mengembangkan
potensi ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

Diman/Cov/Bernama/Juliana

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s