17/03/2015:SR1M Diperkenalkan Untuk Kurangkan Perbelanjaan Perkhidmatan Telekomunikasi

Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dengan pek permulaan serendah
5-ringgit 90-sen diperkenalkan bagi memberi pilihan terutama kepada
golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar untuk
mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan telekomunikasi.

Dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek di Putrajaya, SR1M menawarkan
perkhidmatan talian telekomunikasi, khidmat pesanan ringkas (SMS)
serta akses internet.

Pada harga pek permulaan serendah 5-ringgit 90 sen itu, pengguna akan
mendapat 5 ringgit kredit percuma berserta 150 Megabait (MB) akses
internet.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Hasan berkata, SR1M merupakan
satu lagi inisiatif di bawah pelbagai produk Rakyat 1Malaysia yang
bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana
mengurangkan beban kos sara hidup.

Menurutnya, SR1M kini menumpu kepada sistem prabayar namun
perkhidmatannya akan diperluas bagi perkhidmatan pascabayar. Caj yang
dikenakan oleh SR1M adalah lapan sen bagi setiap 30 saat, lapan sen
bagi setiap SMS. Manakala penggunaan internet akan dicaj lima sen bagi
setiap MB data yang dimuat turun.

Juliana/Bernama

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s