18/03/2015:Generasi Muda Perlu Didedah Pelbagai Program Keagamaan

Isu keruntuhan moral dan akhlak di kalangan generasi muda mampu ditangkis dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai program keagamaan dan kesukarelaan.

Menurut Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Selatan, Haji Sulaiman Haji Osman, dalam dunia masa kini, usaha untuk mencapai kecemerlangan bergantung kepada kebijaksanaan serta keyakinan mengguna segala kemudahan dan kecanggihan yang ada berlandaskan hukum dan undang-undang. 

Beliau berucap merasmikan Program Fenomena Ahmad Ammar ‘Syahid yang tertunai’  anjuran Yayasan Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia  di Tawau.

Jelas Haji Sulaiman, program itu bertujuan menyuntik semangat belia untuk mencontohi keperibadian Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam selain mengelak salah faham mengenai erti jihad yang sebenar.

Ahmad Ammar merupakan pelajar Malaysia yang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan di luar negara selain mengkaji sejarah Islam di universiti di Turki, sebelum meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di negara tersebut.

 
Ends/id/mas/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s