18/03/2015:JBPM Rekod 490 Kes Pembakaran Terbuka

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sejumlah 490 kes pembakaran terbuka  melibatkan kawasan seluas 1-ribu 610 hektar di Sabah dalam tempoh Januari hingga SEMALAM.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Zuraidah Latip, Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi  iaitu 67 kes, diikuti Papar dan Penampang masing-masing 54 dan 46 kes.

Jelasnya, bagi menangani senario itu, beberapa kaedah dan pendekatan dilakukan. Antaranya, pemantauan ke atas kawasan-kawasan yang berisiko berlaku kebakaran serta mengadakan ceramah dan mengedarkan risalah berkaitan kesan buruk pembakaran terbuka.

Zuraidah berkata demikian dalam temuramah eksklusif bersama RTM di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan hukuman denda maksimum 500-ribu ringgit atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 
Ends/Farizie/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s