18/03/2015:Kota Kinabalu Antara Pangkalan Syarikat Penerbangan Baharu Flymojo

Flymojo, syarikat penerbangan baharu Malaysia akan membantu meningkatkan rangkaian dan persaingan di udara. Ini dengan termeterainya perjanjian antara Flymojo dengan Bombardier Commercial Aircraft dari Kanada untuk pembelian 20 pesawat CS100 bernilai 5.44 bilion ringgit. 

Syarikat itu yang merupakan pelanggan dan pengendali pertama pesawat CS100 di rantau ini, akan berpangkalan di Johor Baharu dan Kota Kinabalu.

Pengumuman itu dibuat di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Armada serba baharu itu akan memainkan peranan utama dalam meningkatkan hubungan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan bahagian-bahagian lain di rantau ini apabila ia mula beroperasi tahun depan.

 

Ends/ber/Rina

sheryl

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s