18/03/205:Unit Khas Ditubuh Bagi Mengkaji Fenomena Air Merah

Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menubuhkan satu unit khas bagi menjalankan kajian mengenai fenomena air merah atau lebih dikenali “Red Tide”.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) institut berkenaan, Profesor Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh berkata, fenomena itu yang menjadi kebimbangan masyarakat khususnya di kawasan Pantai Barat Sabah perlu difahami sebelum strategi berkesan mengatasinya dilaksanakan.

Menurutnya, beberapa tindakan telahpun diambil bersama Jabatan Perikanan negeri termasuk sistem amaran awal yang memberi maklumat kepada masyarakat supaya berhati-hati ketika fenomena itu berlaku.

Profesor Dr. Sitti Raehanah ditemui media selepas perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Marin Dan Akuakultur (ICOMSA) 2015 di Kota Kinabalu.

Fenomena air merah biasanya berlaku pada musim kemarau selepas berlakunya hujan lebat dan kesan daripada suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.

 
Ends/Donny/Esna/cov/Rina
Sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s