19/03/2015:KKTP Sambut Baik Penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV)

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah mengalu-alukan langkah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA) menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) untuk membina rumah mampu milik di Sabah. 

Menterinya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengucapkan terima kasih kepada persatuan itu kerana menyahut seruan kerajaan sambil menarik perhatian SPV, SHAREDA Berhad, kini mempunyai modal berbayar sebanyak 30-juta ringgit melalui saham yang dibeli oleh anggotanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara di Tuaran sempena majlis Tilawah A-Quran peringkat negeri yang bermula esok.
Langkah yang memberi fokus kepada pembinaan rumah berharga kurang 250-ribu ringgit itu diumumkan oleh presiden SHAREDA, Datuk Francis Goh pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini.
Datuk Francis berkata, SHAREDA Berhad bersedia untuk melabur dalam tiga projek yang dua daripadanya ialah di Penampang.
Ends/Donny (Bern/Donny)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s