23/03/2015:KIMMA Sokong Pelaksanaan GST

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menyokong penuh pelaksanaan Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presidennya, Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yakin pelaksanaan GST bukan platform penipuan kerajaan mahupun bebanan kepada rakyat sebaliknya langkah tepat dalam menjamin pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Senator Datuk Seri Syed Ibrahim berkata, langkah kerajaan itu disokong penuh KIMMA kerana sedar akan manfaat yang bakal dinikmati rakyat.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Badan Perhubungan KIMMA Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, Senator Datuk Seri Syed Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya akan membuka 400 cawangan “Yakin Halal Mart” di seluruh negara dalam masa terdekat.

Pembukaan cawangan itu merupakan satu ruang kepada belia India Muslim untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan pengeluaran produk halal.

Donny/Oli/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s