23/03/2015:KPDNKK Tawau Rampas Gula Dan Minyak Masak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Tawau merampas 3-ribu 401 kilogram gula dan seribu-852 kilogram minyak masak dalam serbuan di Batu 8, Jalan Luasaong, Kalabakan, Sabtu lepas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ketua cawangan KPDNKK Tawau Peter J. Berinus Agang berkata, kesemua barangan kawalan itu dirampas dalam serbuan di sebuah premis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ketika serbuan, tiga lelaki tempatan termasuk pemilik premis yang berusia lingkungan 40-an berada di premis berkenaan. Apabila diperiksa, pemilik premis gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan.

Kesemua barangan kawalan yang dianggarkan bernilai 14-ribu 300 ringgit itu dipercayai sedang menunggu proses pengagihan atau pengedaran ke destinasi yang belum dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan melebihi had yang ditetapkan.

 Ends/ber/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s