23/03/2015:Penduduk Terjejas Banjir Di Sabah Tidak Terkecuali Terima Wang Ehsan RM500

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan, tiada penduduk terjejas banjir di Sabah yang akan tertinggal untuk menerima wang ehsan sebanyak 500-ringgit.

Katanya, sekiranya perkara tersebut berlaku pihak terbabit seharusnya memaklumkan pihaknya.

Datuk Shahidan menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Markus Mojigoh berhubung penduduk terjejas di negeri ini yang tidak mendapat wang ehsan tersebut di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Datuk Shahidan juga menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking berkaitan isu peruntukan di daerah Penampang.

Katanya, setiap tahun kerajaan telah meluluskan peruntukan khas untuk kawasan parlimen bagi melaksanakan pelbagai program dan projek termasuklah di setiap kawasan parlimen Penampang.

Ends/alya/ida/WN/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s