23/03/2015:Shaklee Malaysia Laksana CSR

Lebih 800-pelajar daripada 66-buah sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Beaufort menerima bantuan nutrisi dari Syarikat Shaklee Malaysia melalui Projek ‘Shaklee Cares For Our Children’.

Antaranya, SMK Beaufort 1, 2 dan 3, Sekolah Menengah St. Paul, Sekolah Menengah St. John, SMK Kota Klias dan SMK Gadong di Beaufort.

Menurut Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim, program fasa ke-3 itu memberi tumpuan kepada pelajar kurang berkemampuan serta pelajar terjejas banjir untuk mendapatkan nutrisi bagi tujuan penjagaan kesihatan tambahan. Ia melibatkan sumbangan bernilai 1.6-juta ringgit.

Beliau ditemui media semasa majlis penyerahan bantuan berkenaan kepada murid SK Pekan Beaufort yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Haji Aliasnih di Beaufort.

Datuk Isnin yang ditemui pemberita turut berharap, sumbangan itu akan memberi manfaat kepada pelajar bukan sahaja dalam aspek kesihatan tetapi juga peningkatan pembelajaran.

Sebelum ini, fasa pertama dan kedua projek kemasyarakatan Shaklee Malaysia itu telah dilaksanakan di Kota Kinabalu dan Semenanjung.

 
Ends/Sahira/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s