23/03/2015:Tapak Kekal Regatta Lepa Dibina

Bagi memastikan pesta Regatta Lepa 2015 berjalan dengan lebih terancang dan teratur, satu tapak kekal khusus untuk pesta itu dibina di hadapan Kompleks Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Semporna.

Ahli  Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditemui pemberita ketika melawat tapak berkenaan berkata, tapak seluas 61-ribu 104 kaki  persegi itu akan menjadi tapak utama pesta Regatta Lepa bermula tahun ini.

Berbanding keadaan sebelum ini yang agak sesak dan tidak teratur, beliau berharap tapak baharu itu akan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

Datuk Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memaklumkan, pesta Regatta Lepa 2015 yang diadakan 23 dan 24 April ini dijangka dihadiri lebih 30-ribu pengunjung dalam dan luar Negara.

Pelbagai pengisian telah diatur sepanjang pesta  itu, terutamanya membabitkan aspek kebudayaan di daerah Semporna.

Ends/mas/twu/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s