24/03/2015:12 Ribu Risalah Berkaitan Wabak Denggi Diedar

Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengedarkan lebih 12-ribu risalah berkaitan kesedaran dan langkah pencegahan wabak denggi di daerah Kota Kinabalu sepanjang Ops Mega Denggi yang bermula 1 Mac lalu.

Operasi itu akan berakhir 31 Mac ini.

Menurut kenyataan unit promosi kesihatan, sepanjang operasi itu juga, sebanyak 4-ribu hebahan awam dilakukan, 13-ribu nasihat individu diadakan, 11-ribu aktiviti penerangan kaedah pemusnahan tempat pembiakan denggi dijalankan selain aktiviti gotong royong bersama pemimpin dan penduduk setempat.

Unit promosi kesihatan juga turut menempatkan beberapa “pondok panas” secara bergerak bagi memberi kesedaran pencegahan denggi.

Menurut kenyataan itu lagi, Unit tersebut juga sedang dalam perancangan melaksanakan program “KICK Denggi” iaitu Kami Ingin Cegah dan Kawal Denggi.

Ia akan dilaksanakan dengan kerjasama pemimpin di peringkat akar umbi dalam memberi penerangan pencegahan wabak denggi.

Ends/Donny (Tel/Donny)
                                                    Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s