24/03/2015:26 Megawatt Berjaya Dikurangkan Menerusi Program Earth Hour

Lebih 26-megawatt pengunaan elektrik berjaya dikurangkan melalui program Earth Hour 2014 yang diadakan di negeri ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berharap penganjuran Earth Hour 2015 pada Sabtu ini dapat menjimatkan lebih banyak penggunaan elektrik berbanding tahun lepas.

Bercakap dalam sidang media di Kota Kinabalu, Datuk Abidin berkata, bagi peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, program itu akan diadakan di Segama Waterfront selama sejam bermula 8.30 malam.

Beliau berkata, DBKK menyertai program itu sebagai tanda sokongan kepada kerajaan Malaysia menuju ke arah amalan hidup hijau.

Sehubungan itu, pemilik-pemilik bangunan, premis perniagaan dan kediaman diharap dapat bersama-sama menjayakan program tersebut.

DBKK turut menganjurkan Earth Hour Ride sejauh 15 kilometer, demo pembuatan lilin kitar semula serta persembahan hiburan sempena program itu.

Ends/Donny (Alya/cov)
                                                          Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s