24/03/2015:Geran Berjumlah RM2.06 Juta Diperuntuk Kepada NGO Kebajikan

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna memperuntukkan geran berjumlah 2.06-juta ringgit kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) Kebajikan bagi membiayai program dan aktiviti kebajikan mereka, tahun ini.

Menterinya, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, geran tersebut diberikan kepada NGOs Kebajikan yang aktif serta membuat permohonan mengikut peraturan sedia ada.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian 1.543-juta ringgit geran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) kepada 15 Badan NGOs Kebajikan di Kota Kinabalu.

Turut disampaikan bantuan kewangan daripada kementerian itu kepada beberapa badan keagamaan bagi menjalankan program kekeluargaan mereka.

Dalam perkembangan lain, Datuk Jainab berkata, pihaknya sedang berusaha mendaftar dan menggerakkan lebih banyak sukarelawan kebajikan di negeri ini.

Ini termasuklah mengadakan aktiviti kesukarelawan di Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan dan Kota Marudu.

Ends/Donny (Sahira/Esna/cov)
                                                           Sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s