30/03/2015:Dua Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Penampang

Dua beranak rentung dalam satu kebakaran kilang perabot di Kampung Mogonibung, Penampang, AWAL PAGI TADI.

Mangsa merupakan pemilik kilang terbabit iaitu Yeon Chee Hwa, 63-tahun dan anaknya, Yeon Min Kok, 34-tahun yang merupakan seorang kurang upaya (OKU).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendi K. Ramin dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, berkata kedua-dua mangsa yang tinggal di dalam kawasan kilang terbabit rentung selepas gagal menyelamatkan diri sewaktu kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, kebakaran pada 4.03-minit pagi itu berpunca daripada litar pintas dari tiang elektrik dalam kawasan kilang terbabit.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Ends/alizaali/st
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s