30/03/2015:Kerjasama Antarabangsa Perlu Untuk Banteras Isu Pemerdagangan Haram Hidupan Liar

Kerjasama antarabangsa diperlukan untuk membenteras isu-isu pemerdagangan haram hidupan liar yang amat berleluasa, bukan sahaja di rantau ini, malah di seluruh dunia. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kegiatan pemerdagangan haiwan liar merupakan satu jenayah serius. Justeru, pihak terbabit perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang undang, selain denda lebih berat.

Beliau yakin kerjasama antarabangsa boleh dicapai kerana pihak berkenaan juga sedar akan masalah tersebut.

Datuk Anifah bercakap dalam sidang media sempena Forum Serantau ASEAN (ARF): Bengkel Memerangi Pemerdagangan Haram Hidupan Liar di Tuaran

Sementara itu, Duta Antarabangsa Malaysia bagi pemuliharaan Orang Utan, Tan Sri Michelle Yeoh berkata masih banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar.

Forum tiga hari itu antara lain membincangkan langkah meningkatkan kerjasama rentas sempadan dan serantau dalam memerangi pemerdagangan hidupan liar.

Ends/alizaali/Rita/Tam/Cov
sheryl
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s